fbpx
Tangkap layar video memaparkan majlis pelantikan ketua bagi Masyarakat Rohingya Kelantan baru-baru ini.

Lantikan ketua komuniti Rohingya di Kelantan tidak berdaftar PBT, kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pelantikan ketua Masyarakat Rohingya Kelantan (MRK) di setiap daerah seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dibuat sendiri oleh etnik itu dan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, keadaan itu tidak ubah seperti melantik ketua rombongan untuk menjalankan perkhemahan di dalam hutan.

“Mereka tidak didaftarkan dengan PBT atau kerajaan negeri. Jika dibiarkan, ia akan jadi bahaya kerana takut jadi seperti kumpulan kongsi gelap.

“Perhimpunan rasmi atau aktiviti berkumpul sepatutnya perlu mengikut peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya ketika diminta mengulas mengenai komuniti Rohingya di Kelantan yang mengadakan majlis lantikan ketua daerah seperti tular di media sosial.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan sehingga mereka mendesak siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Hilmi memberitahu, kumpulan berkenaan perlu memohon lesen dengan pihak polis bagi memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hari sebelum perjumpaan dengan menyatakan masa dan tempat majlis tersebut.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah akan mengenakan syarat-syarat yang sesuai selain menampal makluman di premis sekitar jika ada bantahan awam.

“Sekiranya tiada bantahan, mereka boleh berhimpun, namun tiada pemaklumkan diperlukan untuk perhimpunan keagamaan, perkahwinan, upacara pengebumian dan perayaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN