fbpx
Anfaal ketika sesi pergulungan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor di Dewan Negeri Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

1,500 kedai terima Baucar Kita Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 1,500 buah kedai boleh digunakan bagi menebus Baucar Kita Selangor yang mula dibuka untuk permohonan bermula hari ini.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, senarai premis terbabit merupakan kedai yang sebelum ini terlibat sebagai pembekal kepada penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

“Setakat ini, sebanyak 1,500 kedai telah dikenal pasti sebagai rakan niaga penebusan Bingkas sebelum ini.

“Kita juga sedang mempertimbangkan untuk menambah 30 buah kedai lagi untuk membolehkan tuntutan Baucar Kita Selangor boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPPDTS) Fasa 1 dan 2 pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 di sini, hari ini.

Anfaal Saari berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak bagi menambah lebih banyak premis penebusan bagi memudahkan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN