fbpx
Gambar yang tular di aplikasi Threads.

Kehadiran 4 warga asing di PU Kuantan tidak jejas keselamatan – TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pihaknya telah memeriksa empat pengunjung warga asing semasa Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara (PU) Kuantan, semalam.

Menerusi satu kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM berkata, pemeriksaan tersebut dilakukan oleh pasukan rondaan keselamatan dan mendapati kesemua individu berkenaan menghampiri had kawasan yang dikhususkan untuk pengunjung awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan atau integriti pangkalan.

“Pemeriksaan ke atas peralatan kamera serta telefon bimbit mereka juga tidak menemukan sebarang bahan yang mencurigakan,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah, pemeriksaan keselamatan secara rawak merupakan prosedur operasi standard yang dilaksanakan TUDM sepanjang program melibatkan kehadiran orang awam.

“TUDM akan terus memastikan keselamatan aset strategik, warga pangkalan dan pengunjung sentiasa terpelihara,”katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan penahaan dan pemeriksaan ke atas sekumpulan individu dipercayai warga asing di sekitar tapak sambutan Hari Terbuka TUDM di PU Kuantan.

Berdasarkan perkongsian tersebut, ramai pengguna bimbang tentang keselamatan aset negara dengan kehadiran warga asing yang mencurigakan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN