fbpx
Amirudin (tiga kanan) menunjukkan plakad Baucer Kita Selangor di lobi Dewan Negeri Selangor. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Baucar Kita Selangor RM100 guna SeLangkah elak tiris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Baucar Kita Selangor bernilai RM100 di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor akan disalurkan terus ke dalam e-wallet aplikasi SeLangkah bagi mengelakkan ketirisan dalam pelaksanaan bantuan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kaedah berkenaan terbukti lebih berkesan berdasarkan pengalaman kerajaan negeri sebelum ini dalam menguruskan bantuan kepada rakyat.

“Pengalaman kerajaan negeri mengendalikan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sebelum ini menunjukkan mekanisme itu berupaya meningkatkan ketelusan dalam penyaluran bantuan.

“Malah kita boleh tahu pengguna menggunakan bantuan tersebut atau tidak. Jika tidak digunakan beberapa kali, penyertaan mereka boleh dibatalkan kerana kita anggap mereka tidak memerlukan bantuan itu,” katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pendaftaran baucar berkenaan kepada 50,000 keluarga yang layak akan dibuka bermula jam 12 tengah hari esok.

Katanya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi www.baucarkitaselangor.com⁠ bagi memudahkan urusan penerima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN