fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

Anak ‘tipu sunat’ tak nak bapa susah hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang anak yang terpaksa melakukan ‘tipu sunat’ mengenai harga sebenar alat bantuan pendengaran, semata-mata kerana tidak mahu bapanya susah hati menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh @Aisya_delights, kisah itu merupakan perkongsian daripada sebuah klinik audiologi, Audiolab Pantai Timur yang menceritakan semula situasi tersebut.

Katanya, seorang warga emas berkunjung ke klinik itu untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran.

Bagaimanapun, sebelum kehadiran lelaki tersebut, si anak terlebih dahulu memesan kepada kakitangan klinik tersebut supaya merahsiakan harga sebenar alatan itu yang bernilai RM5,000.

“Anak dia pesan, nanti bapa saya tanya alat telinga ni harga berapa, jawab RM100. Lepas itu staf pun cakaplah RM100.

“Pak cik tu bayar dengan bangga dan gembira. Bayar guna duit sendiri tak menyusahkan anak. Tapi sebenarnya anak dia bayar RM5,000, anak dia tak nak ayah dia susah hati,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bukan sahaja tersentuh dengan pengorbanan anak tersebut, malah turut berkongsi pengalaman serupa ketika cuba menyembunyikan harga sebenar daripada pengetahuan orang tua mereka.

“Anak dia buat balik apa yang ayah dia selalu buat sebelum ni. Beritahu anak jangan risau pasal belanja sekolah supaya anak tak susah hati. Walaupun realiti dia, ayah dia je tahu,” ujar @Glitchpotato.

“Semoga saya dapat jadi kaya macam tu supaya saya boleh belanja ibu bapa saya macam-macam,” tambah @Nuurbellee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN