fbpx
Mohd. Khairi (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian bungkusan mengandungi bunga ganja bernilai keseluruhan RM1.76 juta pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Dua beradik ambil upah simpan bunga ganja RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sindiket dadah antarabangsa yang menjadikan Kampung Duyong Besar di sini sebagai transit penyimpanan dadah sebelum dipercayai akan diseludup ke negara ketiga, berjaya dilumpuhkan polis pada minggu lalu.

Serbuan pada pukul 3.30 petang, 14 Jun lalu melibatkan rampasan keseluruhan kira-kira RM1.9 juta itu turut berjaya menahan dua adik-beradik lelaki yang disyaki diupah sebagai penjaga dadah tersebut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, serbuan tersebut berjaya merampas bungkusan disyaki mengandungi 22 kilogram dadah jenis bunga ganja yang juga dikenali sebagai ‘nugget’ atau ‘buds’  bernilai kira-kira RM1.76 juta, dipercayai mahu dipasarkan ke luar negara sebagai bahan utama pembuatan sejenis perisa cecair vape.

“Kesemua bungkusan dadah tersebut berjaya ditemui dalam sebuah rumah di Kampung Duyong Besar bersama seorang lelaki berusia 39 tahun dalam serbuan pertama.

“Ia kemudiannya membawa kepada penangkapan abang suspek pertama berusia 50 tahun di hadapan sebuah rumah di perkampungan sama tidak lama kemudian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu disini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, siasatan awal mendapati premis penyimpanan dadah tersebut merupakan rumah peninggalan arwah ibu bapa kedua-dua suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN