fbpx
HAKIM Danish mencuri tumpuan di Brno apabila menempah petak kedua Moto3 GP Republik Czech.

Hakim Danish sambar petak kedua di Brno 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli meneruskan aksi cemerlangnya di Grand Prix (GP) Republik Czech apabila menempah petak kedua (P2) selepas memperagakan aksi cukup cemerlang pada sesi kelayakan kedua (Q2) di Litar Brno, hari ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mencatat masa 2 minit 04.080 saat (s), hanya dipisahkan 0.017s di belakang pelumba Sepanyol, David Almansa (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) yang meraih petak utama dengan catatan 2:04.063s.

Keputusan itu melengkapkan hujung minggu cukup memberangsangkan buat Hakim Danish yang sebelum ini muncul pelumba terpantas keseluruhan pada sesi latihan sekali gus mengesahkan tempat automatik ke sesi Q2.

Lebih membanggakan, pelumba berusia 19 tahun dari Terengganu itu memecahkan rekod terpantas sepanjang zaman di Brno sebanyak dua kali dalam tempoh sehari apabila mencatat 2:04.938s pada sesi latihan bebas pertama (FP1) sebelum memperbaharuinya kepada 2:04.754s biarpun turun kali pertama di Litar Brno.

Lebih menarik, ini kali ketiga Hakim Danish berjaya menembusi barisan hadapan selepas turut melakukannya di GP Brazil dan GP Itali di Mugello.

Prestasi cemerlang tersebut menjadi penawar terbaik buat Hakim Danish selepas kekecewaan di GP Hungary dua minggu lalu apabila perlumbaannya musnah akibat dirempuh pelumba lain ketika sedang memburu keputusan positif.

Dengan 48 mata dalam carta Kejuaraan Dunia Moto3 ketika ini, Hakim Danish kini berada pada landasan terbaik untuk memburu podium dan menambah lagi kutipan mata berharga di Brno esok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN