fbpx
Gambar hiasan.

Penjenayah diberkas selepas dikejar dari Gemas ke Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki dicekup manakala rakan wanitanya berjaya meloloskan diri selepas dikejar dua kereta peronda polis selama satu jam dari Gemas ke Paroi semalam.

Suspek berusia 36 tahun tersebut diberkas apabila kereta jenis Proton Satria Neo yang dia pandu dipintas di persimpangan lampu isyarat Taman Nusa Intan, Paroi pada kira-kira pukul 3.40 petang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, suspek mula dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Air Kuning Selatan, Gemas kira-kira sejam sebelum itu.

Katanya, suspek kemudian terus memecut ketika diarahkan berhenti.

“Anggota meminta bantuan peronda dari Kuala Pilah untuk mengejar suspek sebelum dipintas. Pemandu kereta dapat diberkas, namun rakan wanita yang dibawa berjaya lolos dengan bantuan seorang penunggang motosikal.

“Pemeriksaan mendapati cukai jalan kereta itu tamat tempoh, selain menemui syabu, ganja dan peralatan menghisap dadah,” katanya.

Ujarnya, suspek positif syabu dan mempunyai lima rekod jenayah lampau dan suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN