fbpx
Anwar.

Mahkamah ketepi sepina Anwar jadi saksi kes saman sivil 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam permohonanya untuk mengetepikan sepina yang memerlukan beliau hadir di Mahkamah Tinggi di sini sebagai saksi dalam kes saman sivil RM30 juta yang dibuat 12 individu terhadap seorang ahli perniagaan dan isterinya.

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Muhammad Adam @ Edward Abdullah, membenarkan permohonan Anwar untuk mengetepikan sepina tersebut yang bertarikh 15 Januari.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati plaintif dalam kes saman itu, gagal menunjukkan bahawa Perdana Menteri itu adalah saksi yang relevan dan material dalam perbicaraan.

“Tiada tujuan berguna untuk memaksa kehadirannya (Anwar). Jika dilakukan akan mengalihkan perbicaraan daripada isu undang-undang sebenar. Mereka juga bergantung kepada gambar, siaran media sosial dan acara awam yang melibatkan Anwar dan Vinod (ahli perniagaan itu).

“Plaintif mengatakan pemohon (Anwar) diperlukan kerana namanya digunakan untuk melakukan penipuan, tetapi saksi mereka sendiri menunjukkan bahawa tiada bukti bahawa namanya digunakan untuk meminta pelaburan atau wang. Oleh itu, mahkamah membenarkan pemohon pemohon (Anwar) untuk mengetepikan sepina,” kata hakim itu.

Sebelum ini, pada 2023, ahli perniagaan itu Vinod Balachandra Sekhar dan isterinya Winny Yeap Liew Heoh telah disaman oleh 12 individu atas dakwaan salah nyata, penipuan dan pelanggaran kontrak.

Dalam kes saman itu, 10 daripada 12 plaintif tersebut merupakan pelaburnya iaitu Graham David Bell, Arthur J Mirante II, Ronald Barrie Clapham, Charles Robert Henry Stone, Paul Sallis Benney, Paul Nicholas Smith, Octavio Augusto Vallarino Arias, Simon Hafeitz Homsany, Talbortt Gerard Young dan Uri Fruchtmann.

Dua plaintif lagi ialah Andrew Murray-Watson dan April Srivikorn yang merupakan bekas pekerja Vinod.

Plaintif-plaintif mendakwa bahawa Vinod telah memujuk mereka untuk melaburkan wang sama ada dengannya atau melalui pelbagai syarikat miliknya, tanpa mendedahkan status kebankrapan yang didakwa ketika itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif berkata mereka telah menyoal Vinod mengenai isu kebankrapan tersebut melalui e-mel pada 30 September 2020.

Vinod didakwa telah mengambil ringan perkara itu dan seolah-olah mencadangkan bahawa seorang individu bernama ‘Anwar’ akan menguruskan perkara tersebut dan membuatkan mereka percaya bahawa lelaki tersebut merujuk kepada Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN