fbpx
LELAKI Rohingya yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Gurun, semalam. Foto JPJ KEDAH

Pengusaha cuci kereta Rohingya ditahan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHANGLUN – Seorang lelaki etnik Rohingya yang dipercayai mengusahakan sebuah premis cuci kenderaan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan Unit Penguat Kuasa Bermotosikal (Falcon) JPJ dalam Ops Pemandu Warganegara Asing (PeWA) di persimpangan lampu isyarat Pekan Changlun kira-kira pukul 11.11 pagi.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Modenas Kriss tanpa lesen memandu yang sah.

Katanya, Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal tersebut juga telah tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Lelaki Rohingya itu mendakwa dalam perjalanan untuk membeli keperluan premisnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan 13 notis saman terhadap warga asing terbabit atas pelbagai kesalahan jalan raya.

“Motosikal tersebut disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Kedah untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki Rohingya berusia 43 tahun ditahan ketika memandu Perodua Alza di sekitar Alor Setar kira-kira pukul 9.27 pagi, kelmarin.

Katanya, saman dikeluarkan ke atas lelaki itu kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala kenderaan tersebut didakwa disewa daripada pemilik warga Pakistan.

“Kenderaan itu turut disita untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN