fbpx
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying ketika Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment di sebuah hotel, di Port Dickson, hari ini.

388 kes gangguan seksual dalam lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Sebanyak 388 kes gangguan seksual direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, peningkatan itu bukan sahaja mencerminkan kadar kes, tetapi menunjukkan keberanian masyarakat untuk tampil membuat laporan dan menolak budaya berdiam diri.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan mengambil langkah tegas dalam menangani isu gangguan seksual melalui penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840].

“Akta ini memperkukuh usaha pencegahan, pengendalian aduan dan perlindungan mangsa secara lebih menyeluruh dan sistematik. Dalam masa sama, Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) diwujudkan sebagai mekanisme alternatif yang lebih cepat, mudah dan berpatutan untuk mangsa mendapatkan keadilan.

“Setakat 15 Jun lalu, sebanyak 100 aduan difailkan dan 82 kes berjaya diselesaikan dalam masa 60 hari selepas pendengaran pertama. Ini membuktikan keberkesanan sistem tribunal dalam mempercepat akses kepada keadilan,” katanya ketika berucap pada Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, kes gangguan seksual yang direkodkan Polis Diraja Malaysia menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun apabila melonjak daripada 477 kes pada 2022 kepada 1,038 kes tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN