fbpx
Ahmad Kamarunzaman melihat motosikal disewa warga asing yang disita dalam operasi itu di JPJ Selangor, Padang Jawa, Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Tiada lagi amaran, terus ‘heret’ ke mahkamah – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pemilik kenderaan warga tempatan di negeri ini yang masih berdegil menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing tidak lagi diberikan amaran, sebaliknya akan terus diheret ke mahkamah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, motosikal dikenal kenderaan paling banyak disewakan secara harian, mingguan dan bulanan kepada warga asing dengan kadar tertentu.

“Rata-rata warga asing menyewa bagi kegunaan perniagaan seperti makanan, membawa tong gas dan besi buruk. Tindakan itu bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya, malah menyalahi undang-undang.

“Pemilik kenderaan terbabit akan terus dihadapkan ke mahkamah tanpa kompromi,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Selangor, Padang Jawa di sini, petang ini.

Menurutnya, seramai 239 warga asing diambil tindakan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) sejak Januari hingga semalam.

Empat kesalahan utama dikesan iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL), lesen kenderaan motor (LKM), lesen vokasional (GDL) dan perlindungan insurans.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 304 buah kenderaan diambil tindakan dengan 95 daripadanya disita untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, pemilik, majikan dan syarikat pengangkutan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kesalahan yang dilakukan pemandu termasuk warga asing di bawah Seksyen 109 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN