fbpx
Kompleks Mahkamah Kota Bharu. - GAMBAR HIASAN

Anggota polis didakwa miliki dadah dalam lokap mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu dekat sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Fadhirul Musa, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 19.8 gram di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.29 pagi pada 8 Jun 2026.

Anggota polis itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nadzir Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Azrizal Hamzi dan Muhammad Husni Mubarak Ghazali.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN