fbpx
Wan Zuraidi (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang STPM di SMK Bukit Sawa, Marang hari ini.

Terengganu kekal STPM terbaik kebangsaan 7 tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Terengganu mengekalkan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terbaik kebangsaan untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut apabila memperolehi Min Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.18 bagi tahun 2025 diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Che Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, pencapaian tersebut sekali gus mengatasi Min PNGK kebangsaan iaitu 2.88.

“Seramai 112 calon memperolehi semua A Penuh dengan PNGK 4.0 manakala 147 calon pula mendapat semua A iaitu kombinasi A dan A-.

“Sebanyak 90.47 peratus atau 1,699 calon pula memperolehi Prinsipal dalam semua mata pelajaran diambil,” katanya sewaktu mengumumkan keputusan STPM peringkat Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa di sini hari ini.

Che Wan Zuraidi berkata, sebanyak 43 daripada 46 sekolah di negeri ini turut berjaya mengatasi Min PNGK kebangsaan, manakala 36 sekolah darinya mencapai Min PNGK 3.00 ke atas.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN