Ratusan pemancing berkumpul di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur untuk memburu ikan toman ‘trofi’ sempena Kuala Lumpur Casting Challenge 2026 (KLCC26), namun seekor ikan pendatang dari Amerika pula menjadi bualan utama sepanjang pertandingan berlangsung. Dianjurkan oleh KarauZone sebagai acara selingan sempena Kuala Lumpur Fishing Expo 2026 (KLFE 2026), pertandingan yang berlangsung pada 7 Jun lalu itu berjaya menghimpunkan komuniti sukan mengilat dari pelbagai latar belakang dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Sejak awal pagi, kawasan sekitar Taman Layang-Layang……














