fbpx
Shazeli.

300 warga Myanmar termasuk Rohingya ditahan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan penangkapan 300 tangkapan warga Myanmar dalam tempoh 17 bulan bermula Januari 2025 hingga Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sebanyak 227 tangkapan direkodkan sepanjang tahun lalu, manakala 73 lagi tangkapan dibuat dalam tempoh lima bulan pertama, tahun ini.

Menurutnya, jumlah tangkapan yang direkodkan bukan membabitkan etnik Rohingya sahaja sebaliknya merangkumi tindakan penguatkuasaan terhadap warga Myanmar yang lain juga.

“Kesemua tangkapan yang dilakukan adalah melibatkan pelbagai kategori kesalahan termasuk juga kesalahan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, Polis Selangor komited untuk memastikan perkongsian maklumat yang jelas serta sahih kepada masyarakat selain menghargai penyaluran maklumat serta kerjasama masyarakat khususnya di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN