fbpx
Anggota bomba dari BBP Bagan Serai mengangkat mayat seorang warga emas yang maut selepas motosikalnya terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Perikan, Simpang Ampat Semanggol, pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

Warga emas maut motosikal terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Perikan, Simpang Ampat Semanggol di sini pagi tadi.

Mangsa yang berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.07 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya hari ini.

Mayat warga emas itu diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Parit Buntar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN