KUALA TERENGGANU – Seorang guru lelaki diberkas polis semalam bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah pada awal bulan ini.
Penahanan lelaki berusia 30-an tersebut berikutan laporan polis dibuat mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 13 tahun berkenaan pada pukul 9.38 pagi semalam.
“Siasatan awal mengesyaki suspek melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa di sebuah hotel di daerah ini pada pukul 8 pagi, 4 Jun lalu.
“Suspek dikatakan pernah menjadi guru mangsa sewaktu di sekolah rendah, ” katanya di sini hari ini.
Azli berkata, lelaki tersebut telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 14(d) dan Seksyen 15B(b) akta sama.
“Saya menasihatkan ibu bapa agar memberi pendidikan awal berkaitan keselamatan diri serta sentiasa memantau pergerakan anak-anak,” katanya. – KOSMO! ONLINE














