fbpx
Papparaidu (dua kanan) menerima plakad cek daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada pelancaran Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 di Bangunan SUK Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

11,000 hilang kerja di Selangor dalam tempoh lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai 11,000 pekerja di Selangor termasuk dalam industri pelancongan hilang pekerjaan dalam tempoh lima bulan tahun ini. 

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu berkata, angka tersebut diperoleh kerajaan negeri daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berdasarkan pemantauan terkini sektor pekerjaan.

“Pemberhentian pekerja itu melibatkan beberapa sektor utama termasuk pembuatan, pelancongan dan perniagaan.

“Justeru itu, kita mengalu-alukan mereka yang terkesan untuk menyertai program JobCare Selangor yang sedang kita laksanakan ketika ini,” katanya ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan 7,057 pekerja hilang pekerjaan pada bulan April, iaitu peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding bulan Mac seterusnya menunjukan trend peningkatan membimbangkan. 

Dalam pada itu, Papparaidu berkata, sebanyak 4,500 kekosongan jawatan  ditawarkan menerusi program JobCare Selangor pada tahun ini, merangkumi pelbagai sektor pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN