fbpx
Mohd. Annuar (kanan) dan Pengerusi Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) menyantuni peserta program Kembali Bekerja di kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia di Ipoh hari ini.

7-Eleven Malaysia, Perkeso kerjasama lancar program kembali bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia menyediakan peluang kepada Orang Berinsurans (OB) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menjalani program Kembali Bekerja (RTW) bagi membantu mereka kembali ke pasaran pekerjaan.

Program itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Perkeso, yang akan memberikan peserta RTW akses kepada latihan pra pekerjaan, pendedahan praktikal di tempat kerja selain potensi bekerja bersama 7-Eleven Malaysia.

Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, beliau percaya jenama kedai tersebut merupakan antara majikan yang sesuai untuk melaksanakan inisiatif itu.

“Kami memiliki lebih 2,700 rangkaian stor runcit yang tersebar di kawasan perumahan dan komuniti seluruh negara.

“Sistem kerja berasaskan syif memberi fleksibiliti kepada mereka yang melalui proses pemulihan,” katanya dalam majlis yang diadakan di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Kebangsaan Perkeso di sini hari ini.

Kumpulan pertama peserta program itu dijangka dapat dijayakan sebelum penghujung tahun ini.

Tambah Mohd. Annuar, beliau mahu program itu berkembang membabitkan lebih ramai peserta, lokasi dan boleh diikuti oleh majikan yang lain.

Jelasnya, program itu akan mendedahkan peserta kepada persekitaran kerja sebenar seperti perkhidmatan pelanggan, pengurusan produk serta operasi harian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN