fbpx
GAMBAR fail 25 Disember 2014 menunjukkan pengasas kedai serbaneka 7-Eleven, Toshifumi Suzuki. – AFP

‘Bapa’ kedai serbaneka Jepun meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Bekas pengerusi Seven & i Holdings, Toshifumi Suzuki yang dikenali kerana kejayaan kedai serbaneka 7-Eleven, meninggal dunia pada usia 93 tahun, kata syarikat berkenaan hari ini.

Suzuki menghembuskan nafas terakhir kerana kegagalan jantung pada 18 Mei lalu, kata syarikat  itu dalam satu kenyataan sambil menambah: “Kami ini menyuarakan setinggi terima kasih kerana kebaikan yang ditunjukkan kepada mendiang sepanjang hidup beliau dan memaklumkan kepada anda mengenai pemergiannya.”

Suzuki dikenali kerana membuka kedai 7-Eleven pertama di Jepun dalam tahun 1974 dan mengembangkan perniagaannya menjadi rangkaian kedai serbaneka terbesar dunia.

Mendiang dikenali sebagai ‘bapa kedai serbaneka’ di Jepun. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN