fbpx
Gambar terakhir A. Halim (belakang, kiri) bersama Rozita (belakang, kanan), Norbahyah (dua, kanan) dan anaknya Nayla Afya ketika makan tengahari bersama ahli keluarga di sebuah restoran di Kuala Lumpur, semalam.

Kongsi gambar makan bersama keluarga sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Kegembiraan sebuah keluarga menikmati makan tengah hari bersama di Kuala Lumpur bertukar menjadi kenangan terakhir apabila gambar yang dikongsi seorang daripada mangsa kepada ahli keluarganya beberapa jam sebelum kejadian kini menjadi memori yang tidak akan dilupakan.

Mazura Bakar,50, berkata, adik iparnya, Allahyarham A. Halim Hasoon, 55, sempat menghantar gambar menunjukkan mereka sekeluarga sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Tambahnya, gambar yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp itu memperlihatkan suasana ceria keluarga berkenaan tanpa sebarang petanda mereka bakal ditimpa tragedi.

“Arwah Halim ada menghantar gambar dia makan bersama isteri, dua anak, cucu serta dua lagi ahli keluarga lain.

“Saya langsung tidak menyangka gambar yang dihantar itu menjadi kenangan terakhir sebelum mendapat berita mereka terlibat dalam kemalangan,”katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini, hari ini.

Mazura berkata, dia mengetahui mengenai tragedi yang meragut nyawa Halim bersama isterinya, Rozita Buang, 68, anak mereka Norbahyah A. Halim, 26, serta cucu perempuan berusia setahun, Nayla Afya Aizat Faizal selepas melihat perkongsian video kemalangan berkenaan di aplikasi TikTok.

Menurutnya, dia tidak mengetahui tujuan keluarga berkenaan pergi ke Kuala Lumpur namun dimaklumkan Norbahyah ada menghubungi adik bongsunya, Badrul yang bekerja di Bentong supaya datang menyertai mereka makan bersama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 petang semalam, kereta Honda City yang dinaiki empat sekeluarga itu remuk selepas dihempap sebuah treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 43 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN