fbpx
Tangkap layar memaparkan kejadian tersebut.

Terpaksa brek mengejut penghadang jalan ditolak ke tengah laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu menolak penghadang jalan (barrier) ke tengah laluan sehingga menghalang pergerakan sebuah kenderaan mengundang kebimbangan pengguna jalan raya selepas kejadian itu tular di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 15 saat itu, kejadian difahamkan berlaku di sekitar Titiwangsa, Kuala Lumpur sekitar pukul 6.03 pagi semalam. 

Lebih mencemaskan, individu terbabit turut dilihat memegang sebatang besi panjang sambil berjalan di atas jalan raya.

Susulan tindakan tersebut, pemandu kereta berkenaan dilihat menurunkan tingkap kenderaan dan menjerit memarahi lelaki terbabit kerana dipercayai membahayakan pengguna jalan raya lain.

Rakaman itu turut menunjukkan beberapa penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan berhenti dan mempersoalkan tindakan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, punca sebenar tindakan lelaki berkenaan masih belum diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada laporan polis telah dibuat atau belum. 

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 6,900 tanda suka, 573 komen dan 220 perkongsian di Facebook. 

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan kebimbangan terhadap insiden tersebut dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“Pernah jumpa macam ni dekat Loke Yew,  kita lalu dia nak terajang, semua motor lalu dia cuba nak terajang. Berhenti lah nak tanya apa masalah, sekali dia lari bawah ‘flyover’, dia keluar balik bawa pisau,” komen Azrul. 

“Ni kalau tak sempat elak, mahu rosak kereta nyawa pun boleh diragut. Mohon pihak berkuasa siasat atau tangkap individu tersebut segera,” komen Kaiman pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN