Industri tuisyen secara online kini semakin mendapat tempat bukan sahaja untuk peringkat sekolah rendah tetapi juga menengah, sekali gus ia menawarkan peluang perniagaan berpotensi untuk usahawan yang mahu menerokanya.
Bersandarkan peluang keemasan itu, Aster Edu menawarkan Program Licensing Aster Edu sejak bulan Mac lalu kepada usahawan dengan bayaran hanya RM1,500, malah layak memenangi hadiah cabutan bertuah berupa kereta model Tesla YL bernilai RM300,000.
Pengasas Bersama Aster Edu, Najmie Naharuddin berkata, berbanding harga bayaran program perlesenan di pasaran yang mencecah sehingga RM5,000, pihaknya hanya menawarkan bayaran serendah RM1,500 kerana untuk memberi ruang kepada semua menjadi ‘rakan kongsi’ dalam perniagaan ini.
“Mari kita sama-sama bangunkan perniagaan ini dan dalam masa membantu menyelamat lebih ramai pelajar untuk menggenggam masa depan yang lebih baik,” katanya ketika di temui di bilik pameran Tesla, Cyberjaya baru-baru ini.
Turut hadir Pengasas Aster Edu, Rafat Wajdy Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri; Pengetua Maths Catch, Cikgu Rajaei dan Pengetua Fateh Intelligent, Ticer Liya.

KOSMO!: Boleh jelaskan tentang program Licensing Aster Edu?
NAJMIE: Ini adalah program kerjasama antara Aster Edu HQ dengan pusat tuisyen Maths Catch dan Fateh Intelligent yang mana kami semua memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan tuisyen secara online.
Jadi, kami mahu memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang ini memulakan perniagaan tuisyen dengan hanya menggunakan jenama, sistem dan platform yang disediakan oleh Aster Edu.
Ini adalah fasa awal untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini secara mudah dan murah iaitu hanya RM1,500 untuk sekali sahaja.
Dengan nilai tersebut, usahawan akan mendapat lesen dan platform untuk meneruskan pemasaran dan juga pendaftaran pelajar, manakala aspek khidmat pelanggan dan pembayaran boleh menggunakan sistem yang telah disediakan.
Melalui kaedah ini, usahawan boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengembangan perniagaan tanpa dibebani dengan urusan berkaitan operasi akademik termasuk aspek pembelajaran.
Mengapa tawarkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta EV model Tesla YL untuk program ini?
Kita semua tahu dalam keadaan ekonomi yang sukar ini ramai bergelut dengan kos minyak dan trend semasa juga ke arah penggunaan EV, jadi kami pilih model terbaharu ini bernilai RM300,000 kepada mereka yang menyertai program yang sedang berlangsung ini sehingga akhir Ogos ini.
Jadi, sesiapa sahaja yang menyertai program ini dengan bayaran yang ditawarkan, mereka secara automatik layak untuk memenangi hadiah lumayan ini, Kenapa kami pilih kereta semahal ini untuk diberikan kepada peserta program yang bertuah? Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kami dalam perniagaan tuisyen online yang berpotensi untuk diteroka.
Kami mahu buktikan bahawa model perniagaan ini berkesan dan berjaya, dalam masa yang sama juga kami mahu buktikan dengan model pembelajaran kepada para pelajar boleh membantu mereka cemerlang dalam subjek yang diambil, malah lebih menarik, yuran tuisyen kami adalah yang terendah di pasaran iaitu RM89 sebulan sahaja.
Kami bersama komited dan serius dalam program ini, yang mana apabila kami buat sesuatu, kami pastikan ia luar biasa, itu perkara penting yang kami amalkan.
Disebabkan itu juga, cara kami mengajar juga bukan secara biasa-biasa sahaja, kami memberi (ilmu) lebih 500 peratus kepada pelajar, hanya dengan bayaran yuran serendah itu.

Siapakah kumpulan sasaran program ini, berapa sasaran syarikat?
Ramai yang terdiri daripada guru sekolah, ramai yang buat secara separuh masa untuk mencari duit tambahan, ada juga tutor bebas, suri rumah dan juga golongan profesional yang melihat bidang ini berpotensi untuk diteroka, sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja.
Kami telah memulakan program ini sejak tiga bulan lepas dan telah memiliki seramai 203 usahawan, testimoni kejayaan mereka adalah membanggakan kerana ada yang berjaya mampu menjana pendapatan sehingga RM70,000.
Kami melihat dengan tawaran hadiah EV ini, kami menjangkakan, pertambahan peserta program kepada 3,000 usahawan dengan sasaran jualan sehingga RM5 juta.
Kami tahu ramai di luar sana sedang melalui masa sukar dengan perniagaan sedia ada, ada yang berniaga tapi tak menjadi dan ada juga yang bimbang dengan pendapatan semasa tetapi buntu mencari pendapatan tambahan.
Jadi, kami mahu bantu lebih ramai masyarakat untuk tujuan mencari pendapatan tambahan kerana model yang diyakini serta ia berisiko rendah. Kami memiliki guru-guru tuisyen yang berpengalaman dan terbukti berkesan membantu pelajar berjaya dalam pelajaran masing-masing.
Melalui program ini, apa pula impaknya kepada pelajar?
Sebenarnya kami membangunkan program Licensing Aster Edu ini hanya untuk satu niat sahaja iaitu kami mahu menyelamatkan pelajar di seluruh negara.
Kenapa kami sebut menyelamat? Sebab sekarang terlalu ramai pelajar di luar sana yang masih lemah dalam pelajaran khususnya 3M iaitu membaca mengira dan menulis, ramai juga pelajar yang tidak tahu sifir meskipun sedang belajar di tingkatan dua atau tiga, dan banyak lagi permasalahan pelajar masa kini.
Kita boleh cerita pasal hasil jualan dan duit tapi misi kami adalah untuk menyelamatkan pelajar di seluruh negara agar pelajar kita nanti dapat menggenggam masa depan yang cemerlang.
Apa pula manfaat yang diperoleh oleh usahawan?
Program ini menawarkan model perkongsian keuntungan yang menarik iaitu sebanyak 40 peratus bagi setiap pelajar aktif. Berdasarkan struktur semasa, peserta berpotensi memperoleh sekitar RM35.60 sebulan bagi setiap pelajar yang membayar yuran RM89 sebulan untuk empat subjek.
Pendapatan ini bersifat berulang selagi pelajar kekal aktif dalam program pembelajaran. Selain hadiah kereta EV, kami juga menawarkan hadiah lain berupa satu dinar emas kepada 10 pemenang bulanan dan wang tunai RM500 bagi 20 pemenang mingguan. Jadi, keseluruhan hadiah yang kami tawarkan adalah berjumlah RM630,000. -KOSMO! ONLINE














