PROGRAM latihan kemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh institusi pendidikan mampu membuka peluang kepada seseorang itu bergelar usahawan. Salah seorang alumni TVET, Mohd. Hairul Ithnin, 41, mengakui, ilmu kemahiran TVET dipelajarinya amat bermanfaat hingga mampu membuka perniagaan sendiri. “Saya merupakan bekas pelajar GiatMara di Segamat, Johor pada 2001 dan berjaya menamatkan pengajian serta memperoleh sijil kemahiran selepas enam bulan belajar. “Saya memang berminat dengan bidang perniagaan, jadi dengan adanya ilmu dan kemahiran, saya mampu……














