fbpx
DR. MOHAMMED TAUFIQ ketika sesi Townhall sempena Program KIBAR Peringkat Negeri Melaka 2026 di Kampung Paya Redan, Ayer Molek, Melaka hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

1,500 pertubuhan belia rebut geran RM250 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebanyak 1,500 pertubuhan belia di seluruh negara telah mengemukakan permohonan bagi menyertai inisiatif Sejati Madani X Belia yang menyediakan geran sehingga RM100,000 untuk melaksanakan projek keusahawanan dan menjana pendapatan persatuan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, jumlah tersebut dijangka terus meningkat dengan sasaran keseluruhan sebanyak 3,500 pertubuhan belia menyertai program berkenaan menjelang hujung tahun ini.

Menurut beliau, kerajaan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan sebanyak RM250 juta bagi menjayakan inisiatif tersebut.

“Setakat ini lebih 100 permohonan telah diterima dan kira-kira 1,500 pertubuhan telah mengikuti kursus serta proses yang ditetapkan.

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya 3,500 pertubuhan belia dapat menyertai program ini menjelang akhir tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, inisiatif Sejati Madani X Belia diwujudkan bagi membantu pertubuhan belia membangunkan projek ekonomi berasaskan komuniti yang mampu menjana pendapatan secara mampan.

“Antara bidang yang diberi tumpuan ialah pertanian, pelancongan, kraftangan dan pelbagai sektor lain yang mempunyai potensi untuk dikembangkan oleh anak muda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN