fbpx
Fahmi

Saya kesal dengan tindakan Chean Chung – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan kekesalan ke atas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, hari ini.

Beliau juga berpandangan, Chean Chung perlu memberikan penjelasan kepada para pengundi dan tampil berbincang bersama anggota parti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tersebut.

“Sebab ramai orang yang undi saudara Chean Chung. Dia kena jelaskan kepada pengundi-pengundi dia dari kalangan anggota parti,” katanya pada sidang media mingguan secara dalam talian, hari ini.

Mengenai dakwaan Chean Chung menerima tekanan daripada anggota parti, termasuk isu berkaitan akses kepada sistem MyKhas yang disekat, Fahmi menegaskan perbincangan berkenaan isu-isu tersebut boleh dibuat.

“Dalam apa-apa perkara, boleh datang berbincanglah. Tak menjadi isu. Malah, saya boleh nyatakan saudara Chean Chung ada berhubung dengan saya, tapi tak ada bangkitkan isu ini.

“Saya boleh tunjukkan WhatsApp beliau kepada saya untuk memaklumkan tentang beberapa perkara, boleh tak (nak) jumpa (saya). Tak ada masalah.

“Jadi nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya pada sidang media mingguan secara dalam talian, hari ini.

Tambah Fahmi, beliau juga kesal sejak dipilih oleh anggota dalam pemilihan parti, Chean Chung dilihat tidak bersama (parti) untuk ‘bersuara’.

“Hingga ke hari ini, saya lihat dari segi landasan parti, perjuangan, tidak ada perubahan yang ketara.

“Saya cuma kesal beliau tidak ‘bersama’ untuk menyampaikan mungkin pandangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjadikan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Elizabeth Wong yang sering berbeza pendapat namun memilih untuk menzahirkannya ketika bermesyuarat.

“Dalam MPP bagi PKR, ada ramai pimpinan yang sering tidak mempunyai pandangan yang sama. Salah seorang dari Elizabeth Wong. Beliau sering kali dalam mesyuarat-mesyuarat MPP, menyatakan pandangan yang jauh berbeza daripada pandangan Presiden ataupun yang lain.

“Tapi platform itulah yang digunakan untuk pastikan beliau dan parti kekal di landasan yang betul. Jadi saya kesal lah dengan tindakan (meletakkan jawatan). Sepatutnya, Chean Chung lakukan perkara sama, tapi beliau dah lama tak ada (hadir) mesyuarat MPP,” ujarnya.

Terdahulu, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai MPP PKR menerusi hantaran di Facebook.

Beliau memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas 18 tahun menyertai PKR dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN