fbpx
Keadaan rumah yang rosak dan terbakar akibat kebakaran paip gas di Putra Heights tahun lalu.- GAMBAR FAIL

Pendedahan laporan Putra Heights berdepan kekangan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Proses pendedahan laporan penuh insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya kepada umum berdepan kekangan susulan tindakan undang-undang yang difailkan penduduk.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keadaan itu menyebabkan urusan semakan dan penyelarasan dokumen laporan itu terganggu pada peringkat tertentu.

Jelas beliau, laporan yang disediakan Jawatankuasa Bebas itu turut melibatkan penelitian teknikal dan input daripada agensi kerajaan Persekutuan.

“Selain elemen teknikal, ada keputusan mahkamah yang menyebabkan proses berkaitan dokumen itu terganggu. Beberapa bahagian laporan perlu diteliti semula terutama melibatkan agensi persekutuan seperti Petronas,” katanya selepas merasmikan pembukaan operasi Loji Sisa ke Tenaga 1 (WTE1) di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) Jeram di sini, hari ini.

Kosmo! pada 22 Mei lalu melaporkan kerajaan negeri bersedia mendedahkan laporan penuh insiden itu selepas menerimanya daripada kerajaan Persekutuan.

Laporan semakan siasatan diperoleh daripada Jawatankuasa Bebas yang turut disertai pihak pembangkang dan pakar termasuk pelbagai agensi keselmatan
telah diserahkan pada April lalu.

Pada 18 Oktober tahun lalu, seramai 36 penduduk Taman Putra Harmoni, Putra Heights memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap lima pihak berhubung insiden letupan itu.

Amirudin menegaskan, kerajaan negeri tiada halangan mendedahkan laporan itu namun perlu mematuhi proses dan mempertimbangkan implikasi undang-undang.

“Dari awal saya tekankan laporan ini akan didedahkan, tetapi ia perlu melalui proses betul kerana ada aspek bidang kuasa, perundangan dan pihak terlibat di peringkat persekutuan. Kerajaan negeri akan memastikan laporan itu dikongsi kepada umum sebaik semua proses berkenaan selesai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN