fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok oleh Mothershipsg.

[VIDEO] Salah sebut ‘roti kanai’, Jaime mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peserta program realiti masakan popular MasterChef, Jaime Tan, tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia selepas tersalah menyebut nama hidangan ikonik negara, roti canai.

Isu itu mula mendapat perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan peserta berdarah kacukan Malaysia-Amerika itu menyebut ‘roti kanai’ ketika mempromosikan hidangan itu dalam rancangan televisyen antarabangsa tersebut.

Menerusi video penjelasan yang dimuat naik di TikTok dan dikongsikan semula oleh Mothershipsg, Jaime mengakui berasa kesal kerana telah mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan hidangan popular itu.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tersalah menyebut nama hidangan roti canai,” katanya.

Jaime turut menjelaskan, dia sama sekali tidak berniat untuk memperlekehkan atau memberi gambaran yang salah terhadap hidangan kebangsaan tersebut di kaca televisyen.

“Saya mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Malaysia. Peluang membawa nama serta mewakili negara ini dalam program tersebut amat bermakna bagi saya.

“Bapa saya berasal dari Johor dan kedua-dua datuk serta nenek saya pernah mengusahakan sebuah kopitiam sebelum mereka meninggal dunia,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memberikan reaksi positif dan menghargai keberanian gadis itu mengakui kesilapannya secara terbuka.

“Bagus dia minta maaf. Sekurang-kurangnya dia tahu menghormati sensitiviti budaya makanan kita,” ujar Orcattt.

“Saya rasa ramai yang marah kerana mereka tidak memahami latar belakang awak. Saya yakin ramai juga yang bangga kerana awak mewakili Malaysia dan mempromosikan budaya kita kepada dunia luar,” kata Mfirdaus.bakar.

Pada penghujung video, Jaime sempat berseloroh bagi menceriakan suasana dengan menyatakan walaupun dia tidak fasih menyebut perkataan itu, dia masih mampu mengupas buah durian menggunakan tangan kosong. – KOSMO! ONLINE

@mothershipsg MasterChef contestant Jaime Tan apologised after viewers criticised her pronunciation of “roti canai" during Season 16 of MasterChef: Global Gauntlet. Tan, who is Malaysian but was raised in the US, pronounced the dish’s name as "roti kanai" during the show's "World Cup Cookoff" challenge, in which she prepared roti canai from scratch in just 60 minutes. She won the challenge and was praised by judges, including Gordon Ramsay. In a video posted on social media, Tan acknowledged her mistake and explained that she was not raised in Malaysia, but has strong family ties to the country. Her father is from Johor and her grandparents once ran a kopitiam, she said. #mothershipnews #fyp #masterchef ♬ original sound – Mothership

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN