fbpx
Ramlan ketika ditemui pada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Elemen logistik, latihan faktor PRN Johor, Negeri Sembilan tidak diadakan serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Faktor logistik, latihan petugas serta tahap kesiapsiagaan disifatkan menjadi antara faktor utama mengapa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak dapat diadakan secara serentak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, dalam hal ini, Negeri Sembilan memerlukan tempoh persediaan lebih panjang susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berlaku secara mengejut.

Katanya, situasi itu menyebabkan jentera pilihan raya di negeri berkenaan belum bersedia sepenuhnya.

“Di Negeri Sembilan tu ‘snap’ (mengejut), jadi keadaan langsung tidak bersedia. Di Negeri Sembilan cuma ada peti undi sahaja. Jadi, kami memerlukan masa untuk mereka betul-betul fokus.

“Kita selesaikan Johor (dahulu), kita akan bawa semua pasukan kita untuk bantu Johor kemudian bantu Negeri Sembilan. Kalau kita buat serentak, persiapan kita memang tidak sempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan di Ibu Pejabat SPR sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengesahan berkaitan pembubaran DUN Negeri Sembilan, beliau menjelaskan perkara berkenaan berada di luar bidang kuasa SPR.

“Itu di luar bidang kuasa SPR,” katanya.

Ramlan turut memaklumkan SPR telah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perkara itu dan setakat ini tiada sebarang isu timbul.

“Kita dapat pandangan daripada AGC dan buat masa ini tidak ada isu apa-apa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN