fbpx
Kah Woh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Ke-69 di Dewan Dato’ Chin Pek Soo, SMJK Ave Maria Convent di Ipoh hari ini.

Sekolah Rohingya di K.Terengganu, biar pihak berkuasa bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan kewujudan sebuah sekolah yang dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Kuala Terengganu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata perkara itu bukan berada di bawah bidang kuasa KPM kerana semua institusi pendidikan di bawah kementerian tertakluk kepada peruntukan Akta Pendidikan 1996.

“Semua sekolah di bawah KPM adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan.

“Berhubung perkara yang dibangkitkan itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melihat apa yang berlaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Ke-69 di Dewan Dato’ Chin Pek Soo, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kewujudan sebuah sekolah dipercayai untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian Kuala Terengganu mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Pusat pengajian yang beroperasi sejak Februari itu didakwa menempatkan antara 30 hingga 50 kanak-kanak berusia empat hingga 15 tahun, sekali gus menimbulkan persoalan berkaitan status, pemantauan serta keselamatan di kawasan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN