fbpx
Tangkap layar memaparkan reaksi pemain yang tular di media sosial.

[VIDEO] Sampai sudah tak faham, tahu-tahu kena kad merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Detik membabitkan dua pemain Afrika Selatan dan seorang pengadil menjadi perhatian netizen selepas situasi lucu ketika pengumuman keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, reaksi kedua-dua pemain itu bukan kerana mereka mempertikaikan keputusan VAR atau termenung memikirkan kesalahan yang dilakukan.

Sebaliknya, mereka dipercayai cuba memahami penjelasan yang diberikan pengadil mengenai insiden berkenaan.

Dalam video tersebut, pengadil dari Brazil, Wilton Sampaio menggunakan sistem pembesar suara stadium untuk menjelaskan keputusan VAR kepada pemain dan penyokong.

Dia mengesahkan berlaku kekasaran yang dilakukan pemain sehingga memerlukan tindakan disiplin dikenakan.

Bagaimanapun, cara penyampaian pengadil itu dalam bahasa Inggeris mengundang pelbagai reaksi apabila ramai mendakwa sukar memahami apa yang diucapkannya.

Seorang pengguna Threads, @Bosman.28 berkata, wajah pengadil itu sendiri kelihatan seperti seorang pelajar yang gementar bercakap bahasa Inggeris di hadapan kelas.

“Muka pengadil pun macam budak nervous nak cakap English dekat depan kelas,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @Wan_cherah pula berseloroh bahawa pemain yang berdiri betul-betul di hadapan pengadil pun sukar memahami penjelasan tersebut.

“Dah depan muka pengadil pun dah susah nak faham, apatah lagi yang jauh,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Mdzailie mendakwa dia hanya dapat menangkap beberapa perkataan penting sepanjang pengumuman dibuat.

“Aku dengar ‘after review’, ‘free kick’, ‘red card’, ‘defender’. Lain semua satu apa tak faham,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN