fbpx
Tan Sri Hamidin Mohd. Amin

Piala Dunia 2026: Hamidin ketua delegasi FIFA di Los Angeles, San Francisco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin bakal dilantik sebagai ketua delegasi dan wakil Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi beberapa venue Piala Dunia 2026 yang membuka tirai rasmi hari ini.

Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA berkata, tanggungjawab yang diamanahkan pada kejohanan bola sepak paling berprestij itu kali ini adalah memastikan kelancaran penganjuran perlawanan di Los Angeles dan San Francisco nanti.

“Saya antara Ahli Majlis FIFA. Jadi, edisi kali ini membabitkan 16 lokasi yang berjauhan dan sebab itu saya dilantik sebagai ketua delegasi serta wakil Presiden FIFA (Gianni Infantino) yang bertanggungjawab di Los Angeles dan San Francisco.

“Tugas saya merangkumi pemantauan kelancaran perlawanan di kedua-dua venue itu bermula dari peringkat kumpulan. Selepas itu, sehingga peringkat suku akhir saya akan berpangkalan di Los Angeles.

“Saya juga akan terlibat sehingga peringkat separuh akhir dan final. Peranan saya adalah memastikan semua perlawanan di venue yang dipertanggungjawabkan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Hamidin telah berlepas dari Malaysia pada Selasa lepas dan hadir pada perlawanan pembukaan akan berlangsung awal pagi tadi melibatkan Mexico menentang Afrika Selatan di Stadium Azteca yang menyaksikan tuan rumah menang 2-0.

Sebagai rekod, Mexico terpilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Amerika Syarikat dan Kanada melibatkan 104 perlawanan keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN