fbpx

Kereta terbakar, enam sekeluarga nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam api kebakaran pada sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbakar di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai malam tadi.

GUA MUSANG – Enam sekeluarga nyaris rentung apabila kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, semua mangsa sempat keluar sebelum keseluruhan bahagian kereta jenis Perodua Myvi terbakar.

Mangsa yang terselamat adalah Muhamad Khairol Azuan Mat Salleh, 46, bersama isterinya, Rozila Salji, 42, dan empat anak mereka iaitu Amanina, 17, Amani, 14, Ammarah, 11, dan Amnani, 10.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku ketika keluarga itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

Katanya, apabila smpai di kawasan kejadian, enjin kereta itu secara tiba-tiba mengeluarkan asap.

“Insiden itu menyebabkan mereka sekeluarga keluar daripada kereta berkenaan untuk menyelamatkan diri.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku terhadap semua mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI