fbpx
Anggota polis membawa Muhamad Aidil untuk didakwa atas pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Jurujual didakwa ‘noda’ remaja 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang jurujual didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 13 tahun di dalam bilik sebuah rumah dekat Kuala Krai pada bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Aidil Hakim Mohd. Azi, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan yang berusia 13 tahun 10 bulan ketika kejadian di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Kuala Pertang, Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Kamilah mencadangkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin termasuk syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi dan mangsa selain perlu melapor diri setiap bulan di balai polis terdekat.

Tertuduh dalam rayuannya memohon ikat jamin tersebut dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 12 Julai depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar ikat jamin tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN