fbpx
Gambar asal (kiri) dan gambar yang telah dikemaskan dengan teknologi AI.

Profesor minta sunting gambar guna AI, hadiah menarik menanti hingga 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang profesor dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia mengajak orang ramai menyunting gambar beliau menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) mendapat perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, Profesor Dr. Zarina Shukur berkongsi gambar rasmi memaparkan keadaan tudung beliau yang kelihatan kurang kemas.

Secara berseloroh, beliau memberikan cabaran kepada para pelajar, alumni dan orang ramai untuk menghasilkan versi gambar yang lebih kemas menggunakan teknologi AI.

Menurut hantaran sama, peserta hanya perlu menyunting gambar rasmi yang disediakan secara profesional supaya kelihatan lebih kemas tanpa mengubah identiti asal individu dalam gambar.

Lebih menarik, hasil suntingan terbaik akan menerima hadiah istimewa yang disediakan sendiri oleh Prof. Zarina.

“Hadiah menarik menanti pemenang dan penyertaan dibuka sehingga pukul 5 petang hari ini,” kata hantaran tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan rata-rata mereka berasa terhibur dengan pendekatan ahli akademik tersebut dalam memanfaatkan teknologi AI.

Ada yang menganggap pertandingan tersebut sebagai cara kreatif untuk memperkenalkan AI dalam penghasilan imej digital.

Terdapat segelintir pengguna media sosial sudah mula memuat naik hasil suntingan masing-masing di ruangan komen.

Sehingga kini, hantaran tersebut terus mendapat perhatian dengan pelbagai versi gambar AI yang dihasilkan, termasuk yang menampilkan sentuhan profesional, korporat dan kreatif.

Orang ramai yang berminat masih berpeluang menghantar penyertaan sebelum pukul 5 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN