Segala-galanya bermula apabila penulis mengilat ikan toman yang hidup di sungai berair payau di Sungai Sepetang, Perak. Sungai berarus pasang dan surut ini juga merupakan habitat ikan-ikan muara seperti siakap putih, siakap merah, jenahak, kerapu dan pelbagai lagi di hilirnya. Cuma jika ingin memancing ikan muara, harus keluar ke kanan menuju ke hilir sebaik keluar dari Sungai Lubuk Buntar yang menjadi pengkalan tempat bot tekong Jebat diparkir. Jika mencari toman air payau pula, perlu belok ke kiri menuju ke hulu……














