fbpx
Asnida (kanan) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh Syakir Radin/KOSMO!

Anak perempuan Daim dapat pasport secara kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya pasport antarabangsa anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida dikembalikan secara kekal.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas meneliti dan mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Mahkamah berpendapat tidak ada merit untuk tujuan pasport ditahan di mahkamah. Isu bahawa pengingkaraan untuk hadir tidak dibuktikan bagi mengaitkan pengingkaran ini sebagai satu bentuk flight risk (larikan diri) jika pasport (pemohon) dibenarkan disimpan dan berada dalam kawalan pemohon tidak ada justifikasi.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan semakan ini dan pasport pemohon dikembalikan tujuh hari daripada perintah hari ini,”kata hakim itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip berkata pihak pendakwaan membantah terhadap pemohonan ini kerana terdapat kecenderungan pemohon untuk risiko melarikan diri (flight risk) kerana sebelum ini Asnida tidak hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi diambil keterangan.

“Pemohon juga sentiasa ke luar negara dan ada perniagaan di sana, kemungkinan riskio flight risk (larikan diri). Mohon mahkamah mempertimbangkan kes ini kerana melibatkan salah seorang anak Allahyarham Tun Daim yang menyentuh kepentingan awam,” katanya.

Sementara peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Asnida, 65, dalam hujahannya berkata walaupun pemohon kerap ke luar negara untuk urusan perniagaan adalah tidak bermaksud pemohon merupakan seseorang yang beriskio melarikan diri.

Ini kerana menurut peguam itu, adalah tidak munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa sesorang yang sering ke luar negara semestinya berisiko melarikan diri.

“Sejak pasport pemohon diserahkan kepada mahkamah, pemohon sentiasa berada di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN