fbpx
Grafik ihsan TEG Sport

Aksi JDT, Chelsea pada 9 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi persahabatan melibatkan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea telah diawalkan ke 9 Ogos 2026 dengan persetujuan antara kedua-dua pihak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan TEG Sport hari ini, perlawanan yang pada asalnya dijadual berlangsung pada 11 Ogos (Selasa) telah dijadualkan semula ke 9 Ogos (Ahad) di Stadium Sultan Ibrahim, pukul 8 malam.

Menurut TEG Sport, semua tiket yang telah dibeli oleh peminat kedua-dua pasukan kekal sah untuk tarikh baharu perlawanan it nanti

“Chelsea FC dan JDT menyambut baik perubahan jadual tersebut kerana ia memberi lebih masa kepada kedua-dua pasukan untuk membuat persiapan menjelang musim baharu.

“Bagi pemegang tiket sedia ada, semua tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu perlawanan. Tiada sebarang pertukaran atau pengemaskinian tiket diperlukan.

“Bagi penyokong yang tidak dapat hadir pada tarikh baharu tersebut, bayaran balik penuh 100 peratus disediakan, merangkumi harga asal tiket serta yuran kemudahan sebanyak 3 peratus. Permohonan bayaran balik boleh dibuat dengan menghantar emel kepada [email protected] berserta maklumat tempahan sebelum 30 Jun 2026,” kata kenyataan tersebut.

Pada bulan lalu, Chelsea yang bakal memulakan era baharu di bawah pengurus terkenal Sepanyol, Xabi Alonso, memilih Johor sebagai destinasi terakhir jelajah pramusim menjelang kempen musim 2026/27. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN