fbpx
Mohd. Khairul Azwan mencari barangan yang masih boleh diselamatkan selepas rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu semalam.

Kebakaran Gok Kapor: Wang RM20,000 simpanan 10 tahun hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pemandu lori hanya mampu berputih mata apabila wang sebanyak RM20,000 yang merupakan simpanannya sejak 10 tahun lalu hangus dijilat api dalam kebakaran melibatkan 29 buah rumah di Kampung Gok Kapor di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, Mohd. Khairul Azwan Anuar, 34, dikatakan pengsan beberapa kali selepas melihat kebakaran tersebut yang turut membabitkan sebuah kedai runcit miliknya dan rumah bapa saudara.

Mohd. Khairul Azwan berkata, wang itu merupakan hasil titik peluhnya yang bekerja sebagai pemandu lori termasuk hasil jualan barangan di kedai runcit sejak lebih 10 tahun.

Katanya, ketika kejadian, hanya isteri, Siti Saidah Mohd. Khamsi, 33, ada di rumah manakala tiga anak berusia antara lima hingga lapan tahun berada di sekolah.

“Saya pula berada di Bachok untuk menghantar barang. Saya terus bergegas pulang selepas isteri memaklumkan rumah kami terbakar.

“Wang sebanyak RM20,000 itu disimpan di dalam bilik dan isteri saya tidak sempat untuk menyelamatkannya kerana api terlalu marak. Wang simpanan itu akan diguna ketika waktu kecemasan atau untuk perbelanjaan anak-anaknmenyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Gok Kapor di sini hari ini.

Mohd. Khairul Azwan memberitahu, dia bersama keluarga dan penduduk kampung yang lain bermalam di Masjid Kampung Banggol di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN