UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus melahirkan ramai mahasiswa berbakat besar dalam pelbagai bidang. Salah seorang daripadanya ialah Alif Mursaliddin Mohd. Zuki atau lebih mesra dikenali sebagai Alep, 22, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Antropologi dan Dakwah yang aktif dalam dunia pengacaraan, muzik serta kepimpinan mahasiswa. Menurutnya, minat terhadap bidang pengacaraan mula berkembang sejak di bangku sekolah menengah lagi. Ketika itu, dia aktif menyertai pertandingan pidato dan syarahan yang sedikit demi sedikit membentuk keyakinannya untuk bercakap di hadapan khalayak……














