fbpx
SKUAD kuadran negara mencipta sensasi luar biasa apabila menjuarai acara berkenaan pada saingan Piala Dunia lalu.

Skuad kuadran perlu perhatian serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MALAYSIA perlu segera memperbanyakkan kejohanan domestik bagi acara kuadran jika mahu terus kekal kompetitif di pentas antarabangsa.

Jurulatih negara, Zulkarnain Mohamed Arif menegaskan perkembangan acara itu tidak boleh bergantung kepada kejohanan luar semata-mata dan ketiadaan platform pertandingan mencukupi di peringkat tempatan boleh membantutkan perkembangan bakat baharu.

“Bagi saya, acara kuadran sudah masuk ke peringkat antarabangsa jadi sememangnya perlu ada lebih banyak kejohanan domestik di Malaysia untuk acara kuadran,” katanya.

Beliau berkata, tanpa struktur pertandingan yang kukuh di dalam negara, potensi untuk mengetengahkan pemain muda akan terus terbiar dan tidak berkembang.

“Kalau kita khaskan pemain untuk acara kuadran, tetapi tidak ada kejohanan, bakat itu akan ‘mati’ begitu saja. Jadi, Malaysia akan berdepan kesukaran sekiranya acara kuadran ini tidak diberikan perhatian khusus,” jelasnya.

Zulkarnain menegaskan, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada konsep ‘bidan terjun’ untuk membentuk skuad kuadran sebaliknya memerlukan skuad khusus yang dilatih secara sistematik bagi memastikan prestasi lebih konsisten di peringkat tertinggi.

Menurutnya lagi, kehadiran lebih banyak kejohanan domestik akan membuka ruang kepada pemain untuk fokus sepenuhnya dalam acara tersebut.

Terdahulu, skuad kuadran negara mencipta sejarah apabila menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas menewaskan India 2-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN