fbpx
AARON dan Wooi Yik terkandas di pusingan kedua pada Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pasangan muda tuan rumah.

Aaron-Wooi Yik tidak pamer aksi sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menganggap kekalahan mengejut Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada pusingan kedua Terbuka Indonesia semalam berpunca daripada kegagalan pasangan utama negara itu menampilkan prestasi sebenar mereka.

Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan kedua kejohanan terpaksa akur tersingkir awal selepas tewas straight set 14-21, 14-21 kepada pasangan muda Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin di Istora Senayan, Jakarta.

Kekalahan itu menyaksikan beregu No. 3 dunia berkenaan mencatat penyingkiran paling awal dalam kejohanan bertaraf Super 1000 musim ini selepas sebelum ini konsisten melakar keputusan memberangsangkan termasuk muncul naib juara Terbuka Malaysia dan All England.

“Mereka tidak bermain pada prestasi sebenar. Pada masa sama, pasangan Indonesia juga beraksi dengan sangat baik di hadapan penyokong sendiri,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Herry turut mengulas kekalahan satu lagi beregu muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang gagal memanfaatkan kelebihan apabila tewas kepada pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun pada pusingan kedua.

Dalam perlawanan tersebut, Aaron Tai-Khai Xing bermula cemerlang apabila memenangi set pertama 21-15, namun gagal mengekalkan momentum sebelum tewas 15-21, 19-21 dalam dua set berikutnya.

“Berbeza dengan Aaron Tai-Khai Xing, permainan mereka pada set ketiga kurang baik. Mereka sebenarnya sudah berada di kedudukan yang baik, tetapi berjaya dikejar pasangan India. Terutamanya Khai Xing yang melakukan banyak kesilapan mudah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN