fbpx
Kemudahan tempat duduk rosak yang didakwa dibiar tanpa selenggara di TTI, Kuala Terengganu.

Pengurusan TTI diarah hantar laporan dakwaan kemudahan tak terjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) di sini mengemukakan laporan dalam tempoh dua minggu berhubung rungutan fasiliti di lokasi pelancongan tersebut yang didakwa uzur dan tidak dijaga kebersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, arahan itu telah diberikan untuk perhatian Pengerusi TTI, Mohd. Husaimi Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.

“Isu (kekotoran dan fasiliti tidak terjaga) bukan pertama kali berlaku. Kali ini saya mohon ia diberi perhatian serius agar tidak terus berulang.

“Dahulu saya pernah turun padang (meninjau TTI). Ia tidak sepatutnya berlaku kerana TTI merupakan antara destinasi utama tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar dan video yang memaparkan persekitaran TTI yang turut menempatkan Masjid Kristal dan Taman Monumen didakwa kurang terurus serta kotor sehingga mencetuskan kritikan netizen.

Razali berkata, susulan kunjungannya sebelum ini, pengurusan TTI telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih fasiliti uzur dan penyelenggaraan kebersihan seperti diarahkan.

“Begitupun kita tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kontraktor terlibat kerana pelantikan dibuat oleh pihak pengurusan (TTI),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN