fbpx
Gambar hiasan.

Suspek intai wanita dalam tandas restoran diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kejadian mengintai wanita di dalam tandas sebuah premis makanan di Damansara Uptown, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun malam tadi.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Tindakan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran di aplikasi Threads mendakwa seorang wanita menjadi mangsa perbuatan mengintai ketika berada di tandas sebuah premis makanan di Damansara Uptown.

“Warga Threads tolong doakan. Kejadian baru berlaku malam tadi di Damansara. Adik perempuan kena ‘skodeng’ (intai) dalam tandas,” kata hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN