fbpx
Gambar yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Jangan lupa pengajaran 13 Mei 1969 – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan seluruh rakyat agar tidak melupakan peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah menggugat keharmonian negara.

Baginda bertitah, perpaduan merupakan asas kekuatan negara dan perlu terus dipelihara bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum serta kestabilan Malaysia.

Titah baginda, rakyat perlu bersatu hati, bertolak ansur, saling menghormati serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim turut menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia dalam usaha membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN