fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki merakam proses penyembelihan dari atas pokok. - TikTok

Lelaki sanggup jadi ‘Spiderman’, rakam lembu disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup memanjat sebatang pokok untuk merakam proses penyembelihan seekor lembu korban, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @galangoct menunjukkan lelaki terbabit berada di atas pokok dalam keadaan seperti meniarap.

Selain menggunakan tangan dan kaki kanan untuk menahan badan, dia meluruskan tangan kirinya untuk merakam proses penyembelihan.

Kebolehan tersebut menyerupai  watak adiwira Spiderman.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Dron manual,” kata seorang netizen.

“Rela jadi Spiderman demi video berkualiti,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN