fbpx
TENTERA Israel menyerbu kem pelarian Qalanda, selatan Ramallah di Tebing Barat pada 6 Mei lalu. – AFP

Israel, Russia masuk senarai hitam keganasan seksual PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), NEW YORK – Pasukan keselamatan Israel dan Russia ditambah ke dalam senarai hitam PBB sebagai pelaku keganasan seksual dalam konflik, demikian menurut laporan yang disemak AFP semalam.

Diterbitkan setiap tahun oleh PBB, senarai itu melibatkan berpuluh-puluh kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat ‘secara sistematik’ dalam keganasan seksual di negara seperti Sudan, Haiti, Republik Demokratik Congo, Myanmar, Syria, dan Mali.

Ogos tahun lalu, Setiausaha Agung PBB,  Antonio Guterres memberi amaran kepada Israel dan Russia mengenai kemungkinan Tel Aviv dan Moscow dimasukkan ke  dalam senarai hitam tersebut.

Di sebalik amaran yang diberikan, ‘insiden dan corak keganasan seksual terus direkodkan oleh PBB dalam perang di Ukraine dan di wilayah Palestin yang dijajah Israel.

Pasukan penyiasat turut dinafikan akses lawatan oleh pihak berkuasa  kedua-dua negara, demikian menurut laporan sama.

Mengenai Israel,  pada tahun 2025, corak keganasan seksual terhadap rakyat Palestin yang ditahan di Israel dan Tebing Barat  terus didokumenkan,” kata laporan PBB itu.

Menurutnya, kes-kes yang disahkan oleh PBB adalah petunjuk kepada trend berlarutan selama bertahun-tahun tetapi tidak  ‘menyeluruh’ memandangkan penafian akses ke pusat-pusat  tahanan Israel.

Pada 2025, PBB mengesahkan  sebilangan kes keganasan seksual sejak tahun 2023, ‘termasuk penyeksaan’  terhadap 14 lelaki, tujuh wanita, sembilan kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Keganasan ini termasuk rogol dengan objek, rogol berkumpulan, keganasan fizikal terhadap alat kelamin, paksaan berbogel, dan pemeriksaan badan tanpa justifikasi keselamatan yang jelas.”

Pelaku dikenal pasti oleh PBB sebagai anggota tentera, pasukan keselamatan, dan perkhidmatan penjara Israel. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN