PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sekali lagi mengeluarkan amaran ribut petir susulan cuaca buruk yang dijangka melanda sebahagian besar kawasan Semenanjung terutama di Perak dan Terengganu sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.
Turut terlibat ialah Terengganu membabitkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selain beberapa daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.
“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor di Segamat dan Mersing.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kapit membabitkan Kapit dan Bukit Mabong selain Bintulu di Tatau dan Sebauh serta Limbang,” lapor MetMalaysia, petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka melanda Sabah melibatkan kawasan Kinabatangan di Sandakan. – KOSMO! ONLINE














