fbpx
PEARLY-Thinaah tidak mampu berada prestasi terbaik hingga terpaksa akur tewas kepada pasangan Thailand di Terbuka Singapura. - SHIDDIEQIIN ZON

Pearly-Thinaah terpaksa akur terima kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terima kejutan apabila gagal mara ke suku akhir Terbuka Singapura selepas tewas kepada wakil Thailand, sebentar tadi.

Walaupun hadir dengan reputasi besar sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah terpaksa akur kalah 21-16, 21-19 hanya dalam tempoh 37 minit.

“Pertama sekali, sudah tentu saya sangat gembira kerana dapat menamatkan perlawanan dengan selamat (tanpa sebarang kecederaan). Tetapi seperti apa yang Thinaah katakan, saya rasa kami tidak bermain dengan baik

“Pihak lawan bermain dengan baik untuk memberi tekanan kepada kami berdua dan saya rasa itu yang menyebabkan apa yang berlaku pada perlawanan kali ini,” kata Pearly.

Terdahulu, Pearly-Thinaah memulakan permainan dengan agak baik namun segalanya berubah pertengahan set pertama apabila sering dihimpit kesilapan hingga membenarkan pasangan Thailand mengesahkan kemenangan 21-16.

Walaupun cuba bangkit di set kedua, ia seakan belum cukup untuk menyekat kemenangan mutlak buat beregu Thailand yang menang 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN